Objektif



OBJEKTIF



·Memastikan murid-murid belajar untuk memperoleh serta meraih keredhaan daripada Allah S.W.T, Nabi Muhammad S.A.W, ibubapa, guru-guru serta masyarakat.

 Menjadikan AlQuran dan Assunah dan juga Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai rujukan dan panduan dalam mendidik anak-anak

·Memastikan anak-anak berjaya di dalam setiap pelajaran

·Menyediakan guru yang mencukupi, bertanggungjawab, berdisiplin, berdedikasi,komited, terlatih dan produktif bagi meningkatkan profesionalisme dan martabat keguruan

 Merancang guru-guru mesti menghadiri kursus atau latihan kemahiran atau seminar setiap tahun dalam usaha memastikan guru-guru agar terlatih dan mahir.

·Menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang selesa, lengkap, mencukupi dan selamat berteraskan piawaian-piawaian tertentu.

.Mewujudkan jentera dan sistem pengurusan pendidikan yang cekap, berkesan, dinamik dan berteraskan kepada penambahbaikan dan pembaharuan yang berterusan.

·Memastikan pengurusan dan pentadbiran hal ehwal sekolah dijalankan dengan cekap, berkesan dan responsif kepada kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelanggan iaitu murid,guru, masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment